2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

PELAJAR CEMERLANG SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SINTOK DIRAI

July 17, 2017

Para pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Sintok telah diraikan pada Majlis Hari Anugerah Cemerlang yang telah berlangsung di Dewan Bakti sekolah tersebut pada 13 Julai lalu. .


Majlis penuh gemilang itu telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Dato’ Izham Yusoff yang juga merupakan tetamu kehormat pada majlis tersebut dan juga Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Sajahan Abdul Waheed.

 

Dalam ucapan beliau, Dato’ Izham kagum dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh para pelajar SK Bandar Baru Sintok terutamanya dalam bidang kokurikulum dan juga akademik sepanjang tahun lalu.

 

“Saya berharap agar para pelajar di sekolah ini akan sentiasa berusaha untuk berada di tahap yang lebih baik dan mungkin kecemerlangan dalam bidang akademik dapat disamakan dengan kokurikulum.

 

“Di samping itu, sebagai anak muda yang akan menempuhi dunia pekerjaan yang mencabar, saya nasihatkan agar para pelajar sentiasa memperbaiki dan meningkatkan penguasaan terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.” katanya.
 

Majlis tersebut dimulakan dengan paluan kompang oleh para pelajar SK Bandar Baru Sintok bagi menyambut kedatangan Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman dan turut diserikan dengan persembahan hebat kumpulan nasyid sekolah.

 

Para pelajar yang telah berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum menerima sijil pencapaian dan juga cenderahati daripada pihak sekolah.

 

Sekali lagi diucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar cemerlang SK Bandar Baru Sintok.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive