Please reload

Recent Posts

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) KE-25

September 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB ANJURKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2017

July 6, 2017

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2017 Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah berlangsung dengan penuh meriah pada 5 Julai lalu yang diadakan di Darulaman Golf, Country & Club, Jitra.


Majlis yang bertemakan Kedah Dihatiku itu bermula pada pukul 5 petang yang bertujuan untuk meraikan wargakerja BDB, rakan niaga dan juga tetamu kenamaaan. Tema yang dibawa itu mencerminkan negeri Kedah amat dekat dihati masyarakatnya.


Kemeriahan majlis ini turut diserikan lagi oleh kehadiran tetamu-tetamu kenamaan iaitu  Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah, bersama isteri Datin Seri Hizam Awang Ahmad,  Ahli Mesyuarat dan pegawai tinggi Kerajaan Negeri Kedah serta rakan media Kedah yang sememangnya mempunyai ikatan yang rapat bersama BDB.


Juadah yang menjadi tumpuan pada hari tersebut adalah daging kambing bakar, durian, sate, serta juadah makanan yang bercirikan negeri Kedah iaitu Pek Nga, pulut kacau, apom lenggang dan kuih loyang. Keunikkan pada majlis tersebut ialah anyaman ketupat palas yang dimasak secara langsung menarik perhatian tetamu yang hadir terutama tetamu yang bukan muslim untuk merasai juadah tradisi kita.


Kehadiran penyanyi yang sedang meningkat naik namanya di media sosial, Wany Hasrita dan Tajul Arif yang lunak mendendangkan lagu mereka turut meceriakan lagi majlis rumah terbuka tersebut. Selain itu, wargakerja BDB serta para tetamu yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama penyanyi tersebut.

 

Di samping itu, persembahan khas daripada para penari yang mempersembahkan pelbagai tarian dan joget tradisi masyarakat Melayu. Pada akhir majlis, kemeriahan rumah terbuka ini diserikan lagi dengan pertunjukkan bunga api yang juga menjadi tarikan kepada tetamu yang hadir.


Menurut Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff, majlis rumah terbuka ini diadakan khusus untuk meraikan hari lebaran ini bersama wargakerja BDB serta mereka yang berkepentingan kepada BDB.


“Dengan adanya majlis seperti ini, kita dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara wargakerja BDB dan media. Saya berharap agar ikatan perhubungan ini akan terus berpanjangan bersesuaian dengan kesucian bulan syawal yang penuh nikmat ini” tambahnya lagi.


Dalam pada itu, Pengurus Kanan Komunikasi Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed. turut menzahirkan perasaan gembira dan penuh kesyukuran dengan kemeriahan tetamu yang hadir.


“Kami semua berasa teruja untuk bersama-sama dengan yang lain bagi memeriahkan suasana sambutan menyambut hari lebaran di Majlis Rumah Terbuka,” katanya.    

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)