Please reload

Recent Posts

BDB,LPB BANGUN RUMAH MAMPU MILIK | Kosmo! | 3 November 2020

November 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Majlis Iftar Wargakerja Kumpulan Bina Darulaman Berhad 2017

June 11, 2017

 

Majlis Iftar Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) berlangsung dengan penuh meriah dan harmoni di mana Classic Café, Darulaman Golf & Country Club sekali lagi menjadi tuan rumah bagi acara tersebut,


Majlis yang berlangsung pada 8 Jun lalu itu bertujuan untuk mengumpul seluruh warga kerja Kumpulan BDB bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim yang terjalin bersempena bulan Ramadan pada tahun ini.


Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff, berkata majlis seperti ini merupakan acara tradisi tahunan yang ditunggu-tunggu oleh warga kerja BDB setiap kali menjelang Ramadan dan peluang untuk bersama-sama pada majlis seperti itu haruslah dimanfaatkan sebaik yang mungkin.

 

“Majlis iftar ini bersama-sama warga kerja ini adalah program yang dijalankan selain majlis yang sama di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti Bakar Bata, Kuala Nerang, Sungai Tiang dan Jitra.


“Di samping kita dapat beramah-mesra dan berbuka puasa, kita semua turut dapat mengerjakan solat terawih bersama-sama,” tambahnya lagi.


Selain itu, tazkirah ringkas sebelum majlis berbuka antara program yang dijalankan dalam majlis tersebut dan warga kerja BDB turut mengambil kesempatan ini untuk beramah-mesra sambil menikmati moreh selepas solat tarawih.

 

Semoga majlis seumpama ini memperoleh keberkatan dan semua warga kerja BDB akan terus mengamalkan nilai-nilai murni di sepanjang bulan Ramadan yang pernuh keberkatan ini. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)