Please reload

Recent Posts

Fantasia Aquapark dibuka 1 Ogos ini KOSMO! | 30 JULAI 2020

July 30, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Kumpulan BDB Sumbang RM60,000 kepada Penduduk DUN Bakar Bata

June 6, 2017

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) meneruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) apabila menyumbangkan sebanyak RM60,000 kepada 300 golongan fakir, asnaf, anak-anak yatim serta ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata  pada Majlis Iftar dan Sumbangan Ramadan yang diadakan di Masjid Al-Rahman, Alor Merah pada 4 Jun lalu.


Menurut Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato' Izham Yusoff, pemberian sumbangan ini

Menunjukkan Kumpulan BDB terus komited dalam usaha untuk membantu golongan-golongan kurang berkemampuan di negeri Kedah dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

 

“Sumbangan sebanyak RM200 seorang itu diharapkan sedikit-sebanyak dapat meringankan bebanan mereka pada bulan Ramadan ini dan mungkin sedikit membantu dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidifitri kelak.


"Di samping itu, program iftar ini juga diharapkan dapat mendekatkan dan memperkukuhkani hubungan antara masyarakat di DUN Bakar Bata dan juga Kumpulan BDB yang merupakan anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah,” katanya.


Majlis penyampaian sumbangan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Negeri Kedah, Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Md Hanipah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata serta Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed.

 

Majlis berkenaan merupakan yang pertama pada tahun ini dan ia akan disusuli dengan tiga lagi kawasan DUN iaitu Kuala Nerang, Sungai Tiang dan juga Jitra yang akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)