2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

WARGA KERJA BDB TERIMA KURMA SEMPENA RAMADAN 2017

May 25, 2017

Ramadan datang lagi! Seperti tahun-tahun yang lalu, sekali lagi kumpulan BDB mengagihkan sumbangan buah kurma sempena menyambut Ramadan Al Mubarak. Program Pengagihan  yang diadakan pada hari ini, 25 Mei 2017 bermula pada jam 10 pagi telah berlangsung secara serentak di ibu pejabat dan semua anak syarikat Kumpulan Bina Darulaman Berhad.

 

Pada tahun ini,  Y.Bhg Pengarah Urusan Kumpulan telah berkunjung ke setiap jabatan bagi mengedarkan sendiri buah kurma kepada semua warga kerja BDB. Hadir sama bersama Y. Bhg Dato’ Izham bin Yusoff dalam acara tersebut adalah Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan Encik Sajahan bin Abdul Waheed.

 

Program pengagihan buah kurma kepada semua warga kerja Kumpulan BDB merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh semua pihak memandangkan Ramadan hanya disambut sekali sahaja pada setiap tahun. Acara ini juga merupakan satu inisiatif pihak syarikat untuk menghargai warga kerja seterusnya menyemarakkan lagi semangat dalam menyambut ketibaan Ramadan Al Mubarak. Diharapkan Ramadan yang bakal disambut dalam beberapa hari lagi akan membawa seribu rahmat kepada semua.

 

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA WARGA KERJA BINA DARULAMAN BERHAD!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive