2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

DGRB TAWAR 100 MENU BERKONSEPKAN FUSION SEMPENA RAMADAN 2017

May 16, 2017

Sempena dengan kedatangan Ramadan tidak lama lagi, Darulaman Golf Resort Berhad (DGRB) telah mengadakan Majlis Pra-Pelancaran Pakej Ramadan 2017 yang bertempat di Pool Terrace Side, Darulaman Golf and Country Club (DGCC).

 

Majlis Pra-pelancaran tersebut merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan oleh DGRB bagi mempromosikan pakej Buffet Ramadan kepada hampir 100 wakil media, rakan perniagaan serta pelanggan-pelanggan setia yang sentiasa menyokong DGRB.

 

Pada tahun ini, menawarkan pakej Ramadan yang berkonsepkan fusion iaitu gabungan menu antara timur dan barat secara buffet kepada orang ramai yang mahu berbuka puasa.

 

Keunikan Buffet Ramadan kali ini adalah pelanggan akan disajikan dengan 100 jenis juadah setiap hari yang mana makanan tradisi Kedah masih menjadi keutamaan sepanjang bulan Ramadan dan disulami dengan hidangan bercita rasa barat, oriental dan Indian.

 

Di samping itu, terdapat tujuh menu istimewa yang hanya disajikan pada hari-hari tertentu seperti Kurman Itik, Gulai Ayam Kampung Betik, Ayam Percik  Kelubi, Sup Gear Box, Gulai Kawah Biryani Kambing, Asam Pedas Ekor Lembu dan juga Mi Kari DGCC.

 

Pada tahun ini seperti kebiasaannya, pihak DGRB akan menawarkan penjualan Early Bird Voucher dengan harga RM50 seorang bagi dewasa dan RM40 seorang bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.

 

Jualan baucar berkenaan adalah terhad  dan sesiapa yang berminat perlu membuat tempahan dan pembelian dengan menghubungi bahagian dan jualan kafe di talian 04-917008.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive