2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

80’s Vaganza Gegar Majlis Makan Malam Tahunan Kumpulan BDB 2017

March 29, 2017

Wajah-wajah persis Awie, Ramlah Ram, Prince, Madonna, Syed Sobri dan ramai lagi selebrti terkenal pada tahun 1980-an memeriahkan Majlis Makan Malam Tahunan Kumpulan Bina Darulaman Berhad yang telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 27 April lalu di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah.

 

Bertemakan 80’s Vaganza, seluruh Dewan Wawasan dipenuhi dan diwarnai dengan pelbagai ragam dan stail tersendiri yang mana seluruh warga kerja BDB dan para tetamu menjiwai tema yang dipilih pada tahun ini. 

 

Majlis berkenaan bermula kira-kira pada jam 7.45 malam apabila Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Izham Yusoff tiba di Dewan Wawasan serta disusuli oleh para tetamu kehormat termasuklah Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Bakar Din dan isteri.

 

Tepat jam 8.10 malam, Dato’ Izham dan para tetamu kehormat menyambut kedatangan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Md. Hanipah dan isteri, Datin Seri Hizam Awang Ahmad yang sudi menghadiri majlis pada tahun ini.

 

Dato’ Izham Yusoff dalam ucapannya menyatakan bahawa majlis tersebut merupakan penghargaan untuk kesemua warga kerja Kumpulan BDB selepas syarikat mencatatkan prestasi kewangan yang terbaik semenjak ditubuhkan pada 1995.

 

Menurut beliau, Kumpulan BDB keuntungan sebelum cukai syarikat meningkat kepada RM52.3 juta iaitu kenaikan sebanyak 28 peratus berbanding RM40.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.

 

“Malah, keuntungan selepas cukai Kumpulan BDB tahun 2016 iaitu RM34 juta merupakan yang tertinggi sejak syarikat ditubuhkan dan ia merupakan satu pencapaian yang cukup memberangsangkan,” ujar beliau.

 

Para tetamu disajikan dengan masakan nasi briyani, kurma kambing, acar Bombay dan pelbagai lauk-pauk yang cukup membuka selera.

 

Juara BDB Idols 2016 dan pemenang tempat ketiga iaitu Kartini Abdul Rahman dan Mohd Azizi Abdul Ghani yang menyampaikan medley lagu Gadis dan Bunga dan Gadis Melayu.

 

Di samping itu, para tetamu turut dihiburkan dengan celoteh duo pengacara popular tanah air iaitu Sharifah Shahira dan Nabil Ahmad yang sememangnya cukup serasi serta berjaya menggamatkan suasana di dalam Dewan Wawasan dengan usikan dan lawak spontan mereka.

 

Tiga artis jemputan pada malam tersebut iaitu Ezad Lazim, Siti Nordiana dan Jay-Jay ternyata tidak menghampakan tetamu yang hadir apabila masing-masing memberikan persembahan yang cukup bertenaga sekaligus berjaya menghiburkan para tetamu.

 

Tidak ketinggalan, 20 kakitangan BDB yang bertuah berjaya membawa pulang pelbagai hadiah menarik selepas dipilih sebagai pemenang bagi acara cabutan bertuah manakala dua orang kakitangan BDB turut terpilih sebagai pemenang bagi kategori ‘Pakaian Terbaik’.

 

Majlis berkenaan melabuhkan tirai dengan persembahan solo daripada Jay-Jay apabila beliau menyampaikan lagu popularnya iaitu  ‘Joget Angan Tak Sudah’.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive