Please reload

Recent Posts

BDB,LPB BANGUN RUMAH MAMPU MILIK | Kosmo! | 3 November 2020

November 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Karnival Sukan Kumpulan BDB 2017 Berlangsung Dengan Jayanya

February 21, 2017

 

Meriah !

 

Itulah suasana yang boleh digambarkan ketika berlangsungnya Karnival Sukan Fit Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar pada 17 dan 18 Februari 2017 lalu.

 

Seramai 390 warga kerja Kumpulan BDB telah terlibat dalam enam acara sukan utama dan tiga permainan dalaman. Antara sukan utama yang dipertandingkan adalah futsal, badminton, bola tampar, bola jaring, ping-pong dan boling manakala sukan sampingan seperti congkak, dart dan karom.

 

Majlis perasmian dan penutup karnival tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff yang menyalakan obor simbolik karnival berkenaan yang telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang dan penuh warna-warni.

 

Karnival yang telah memasuki tahun keduanya penganjurannya itu menyaksikan BDB Land Sdn. Bhd. muncul sebagai juara keseluruhan apabila mengungguli beberapa kategori dalam sukan boling dan muncul naib juara bagi futsal dan bola jaring.

 

BDB Infra Sdn. Bhd. pula terpaksa berpuas hati di kedudukan kedua sambil diikuti BDB Synergy di tempat ketiga. Pasukan BDB HQ dan Kedah Holdings Sdn. Bhd. menduduki tempat keempat sekalipun menjuarai acara Bola Tampar dan Bola Jaring dan Darulaman Golf Resort Berhad berada di tempat kelima.

 

Duo dinamik, Ridha Munif Hassan dan Nur Syafiza Shohaimi yang bertindak sebagai pengacara majlis dan kedua-dua mereka menjalankan tugas dengan jayanya.

 

Menurut Dato’ Izham, objektif karnival tersebut untuk merapatkan lagi hubungan dan memupuk semangat berpasukan antara warga BDB melalui aktiviti sukan ternyata semakin membuahkan hasil.

 

“Ia dapat dibuktikan apabila tidak ada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan serius dan juga pergaduhan sekaligus menujukkan Karnival Sukan ini sudah semakin matang dan warga BDB bersaing dengan semangat kekeluargaan,” katanya.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)