BDB SUMBANG WANG ZAKAT KEPADA PUSAT JAGAAN INSAN KESAYANGANKU

Jitra- Kehadiran Pengarah Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Dato' Izham Yusoff menceriakan anak-anak di Pusat Jagaan Insan Kesayanganku di Jitra, Kedah.


Ia jelas terpancar dari raut wajah anak-anak terbabit apabila menerima sumbangan zakat yang diserahkan oleh Dato' Izham sendiri.


Seramai 38 anak-anak di pusat jagaan berkenaan menerima sumbangan zakat perniagaan daripada BDB sebanyak RM7,600.


'Sumbangan zakat seperti ini sememangnya merupakan salah satu daripada inisiatif BDB untuk masuk padang dan berjumpa sendiri dengan golongan asnaf.


'Pada kali ini, BDB membantu anak-anak di Pusat Jagaan Insan Kesayangku dan diharapkan sumbangan tersebut mampu menceriakan mereka,' kata Dato' Izham.



Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)