2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Warna Merah Menghiasi Malam Media BDB-Kelab Media Elit Kedah

February 15, 2017

A Nite To Remember....

 

Itulah yang boleh diungkapkan dengan penganjuran Malam Media Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) dan Kelab Media Elit Kedah (KMEK) yang berlangsung pada 13 Februari lalu.

 

Dengan tema warna merah, Dewan Damai, BDB Hotel berubah wajah apabila menjadi tuan rumah kepada lebih 130 tetamu yang membanjiri majlis yang buat julung-julung kali diadakan tersebut.

 

Para tetamu yang terdiri daripada pengamal media di seluruh Kedah serta pengurusan kanan BDB yang mana Pengarah Urusan Kumpulan, Dato' Izham Yusoff merupakan tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

 

Duo pengacara iaitu Norshahril Yusup dari KMEK dan Azad Iklas Ismail dari BDB menggamatkan majlis dengan celoteh dan telatah mereka.

 

Tetamu dihiburkan dengan persembahan daripda Juara dan pemenang tempat ketiga BDB Idol 2016, Kartini Abdul Rahman dan Mohd. Azizi Abdul Ghani serta tiga wakil daripada KMEK termasuk Presidennya iaitu Mohd. Rafie Azimi.

 

Di samping itu, acara cabutan bertuah dan juga pemenang pakaian terbaik turut diadakan bagi merancakkan lagi majlis berkenaan.

 

Diharapkan, kerjasama antara Kumpulan BDB dan KMEK ini akan terus utuh dan diperkasakan pada masa akan datang.

 

 Sesi bergambar BDB-KMEK

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive