2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Sidang Media Projek Pembangunan BDB Land Sdn Bhd dan Kedah Holdings Sdn Bhd 2017

February 8, 2017

 

 

Anak syarikat Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), BDB Land Sdn Bhd dan Kedah Holdings Sdn Bhd (KHSB) telah membentangkan rancangan pembangunan projek perumahan dan perbandaran bagi tahun 2017 pada sidang akhbar yang berlangsung pada 8 Februari 2017.

 

Sidang akhbar yang bermula pada pukul 11 pagi itu diadakan di BDB Kuala Lumpur dan hampir 20 pengamal media daripada 15 organisasi termasuk media cetak dan elektronik telah hadir ke majlis berkenaan.

 

Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff dalam sidang media berkenaan mengumumkan BDB Land Sdn Bhd dan KHSB merancang membangunkan projek hartanah membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.245 bilion tahun ini.

Jelas beliau, projek tersebut akan merangkumi 4,131 unit kediaman menerusi projek sedia ada dan baharu.

 

"BDB jangkakan projek pertama tahun ini adalah kediaman mampu milik yang akan dilancarkan pada Mac ini.

 

“Untuk itu, sebanyak 3,489 unit kediaman mampu milik, 288 unit kediaman sederhana mewah berharga RM501,000 hingga RM700,000 dan mewah (354 unit) berharga RM700,000 ke atas akan dibina," katanya.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive