2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

PUPUK SEMANGAT CINTAKAN ALAM SEKITAR, (CSR) GUNUNG JERAI SESI #1

November 28, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

MAJLIS MEMPERKENALKAN PENAJA DAN PELANCARAN PASUKAN KEDAH DARUL AMAN 2017 BERLANSUNG PENUH MERIAH

January 16, 2017

 

Pada 13 Januari 2017, bertempat di Dewan Gemilang, Darulaman Golf & Country Club (DGCC) telah berlangsung Majlis Memperkenalkan Penaja dan Pelancaran Pasukan Bola Sepak Kedah bagi tahun 2017.

 

Majlis yang berlangsung dengan peuh gilang-gemilang tersebut dihadiri Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) merangkap Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah, Pengurusan KFA, para penaja, pemain-pemain serta para peminat yang datang dari seluruh pelusuk negeri.

 

Majlis yang berlansung selama dua jam berkenaan telah memperkenalkan para penaja rasmi pasukan dan para pemain bagi skuad Wanita Kedah, Belia Kedah,  Piala Presiden sertaLiga Super Kedah. Selain itu, jersi rasmi pasukan bagi tahun 2017 juga turut diperkenalkan kepada orang ramai buat kali pertama dalam majlis yang sama.

 

Kemeriahan majlis diteruskan lagi dengan sesi bertemu peminat yang diadakan di perkarangan dewan di mana para peminat bola sepak Kedah tidak melepaskan peluang untuk bertemu empat mata serta bergambar bersama pemain-pemain kesayangan mereka.

 

Bagi tahun 2017, Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) kekal sebagai penaja rasmi Skuad Lang Merah dan diharapkan dengan penajaan yang diberikan itu ianya mampu menyuntik semangat para pemain untuk memberikan komitmen yang tinggi dan menunjukkan prestasi yang terbaik agar kejayaan membawa pulang Piala Malaysia pada tahun 2016 dapat diteruskan pada masa akan datang.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive