2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Color Run 2016 Tutup Tirai Kalendar Acara Darulaman Park

December 31, 2016

 

 

Darulaman Park meneruskan tradisi tahunannya dengan menganjurkan Color Run 2016 yang merupakan kesinambungan daripada Larian Darulaman Park 2015 sekaligus menutup kalendar acara pada tahun tersebut.

 

Larian tersebut mendapat sambutan hangat daripada orang ramai apabila lebih 400 peserta mengambil bahagian dalam acara yang buat julung kali diadakan tersebut.

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) Dato’ Izham Yusoff berkata Color Run 2016 yang berlangsung pada 31 Disember lalu  merupakan satu simbolik kepada pencapaian dan pembaharuan yang telah, sedang dan akan berlaku di Darulaman Park dalam tempoh terdekat.

 

“Sesuai dengan pembaharuan berkenaan, konsep penganjuran pada kali ini bersifat lebih santai dan ceria berbanding acara larian lain yang pernah dianjurkan Darulaman Park sebelum ini,” kata Izham.

 

Color Run 2016 tersebut bermula seawal jam 6.30 pagi untuk sesi pendaftaran manakala pelepasan peserta dilakukan pada jam 7.30 pagi dan selepas itu diteruskan dengan acara color zumba pada jam 8.30 pagi yang mana ianya turut dibuka penglibatannya kepada semua pengunjung Darulaman Park.

 

Tambah Izham, acara cabutan bertuah turut diadakan bagi menghargai para peserta bahagian yang mana sebanyak 30 hadiah menarik.

 

“Pelbagai hadiah menarik telah disediakan antaranya GoPro Hero 4, Garmin Vivosmart HR, SJ 700 Action Camera HD, Syma X5C Drone dan Sport Running MP3,” ujarnya.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive