2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB Masters 2016 Menutup Tirai Kalendar DGCC

December 10, 2016

Kejohanan Golf BDB Masters 2016 yang berakhir pada hari ini berlangsung dengan jayanya sekaligus menutup tirai kalendar acara Darulaman Golf & Country Club pada tahun ini.

 

BDB Masters 2016 yang bermula pada 9 Disember lalu mendapat sambutan yang cukup membanggakan apabila 100 pemain golf dari seluruh negara telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini.

 

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) Datuk Izham Yusoff berkata hanya 60 pemain golf terbaik sahaja layak untuk ke pusingan akhir kejohanan yang mana ia turut melibatkan perlawanan amal yang turut berlangsung pada waktu yang sama.

 

Menurut beliau, BDB Masters 2016 tampil dengan sedikit kelainan berbanding edisi lalu yang mana seramai 40 pemain jemputan turut bermain dalam perlawanan amal yang berlangsung seiring dengan pusingan akhir BDB Masters 2016.

 

“Sambutan yang diberikan terhadap pertandingan pada kali ini sangat memberangsangkan sekaligus membuktikan yang BDB Masters kini kian dikenali dalam kalangan para pemain golf dan diharapkan ia akan berterusan pada tahun-tahun mendatang,” katanya.

 

Pada kejohanan kali ini, Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain mewakili Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merasmikan kejohanan berkenaan dengan melakukan pukulan tee-off serta mengambil bahagian dalam perlawanan amal yang berlangsung.

 

Untuk rekod, Muhammad Firdaus Kassim yang berusia 17 tahun muncul juara keseluruhan kejohanan tersebut dengan mencatat 219 pukulan menewaskan pencabar terdekat, Nordin Yahya dan Amir Benno masing-masing mencatat 220 dan 224 pukulan.

 

Pemenang utama menerima baucar bernilai RM2,500 berserta trofi diikuti baucar bernilai RM2,000 dan RM1,800 untuk pemenang kedua dan ketiga.

 

Tambah Izham, kutipan bersempena perlawanan amal yang berlangsung pada hari ini ialah sebanyak RM304,000.00 dan kesemua wang tersebut akan disalurkan untuk tujuan kebajikan di Kedah.

 

Jelas Izham, sebagai langkah permulaan, RM50,000.00 telah diserahkan kepada empat pertubuhan kebajikan iaitu Asrama Orang Tua Tidak Berwaris Padang Terap, Pertubuhan Pembangunan Anak-Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia Daerah Kulim, Persatuan Ibu Tunggal Pendang dan Persatuan Jalinan Kasih.

 

“Pemilihan penerima sumbangan tersebut dibuat hasil dari perbincangan dengan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Datuk Suraya Yaacob.

 

“Baki daripada kutipan tersebut akan digunakan untuk tujuan membantu mereka yang memerlukan terutamanya yang terlibat dalam bencana alam, kecelakaan dan kesempitan hidup pada masa akan datang,” ujarnya.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive