2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT KUMPULAN BDB BERJALAN LANCAR

March 2, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Penganjuran Kejohanan Golf BDB Firefly 2016 Dapat Sambutan Hangat

December 1, 2016

Kejohanan Golf BDB Firefly 2016 yang dianjurkan buat julung kalinya di Darulaman Golf & Country Club (DGCC), Jitra, hari ini berlangsung dengan jayanya apabila berjaya menarik penyertaan lebih 120 pemain profesional dan amatur dari seluruh negara.

 

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Datuk Izham Yusoff berkata, jumlah penyertaan tersebut melebihi sasaran awal yang diletakkan iaitu 100 penyertaan dan ia sekaligus membuktikan kejohanan yang dianjurkan dengan usahama Firefly berkenaan berjaya menarik tumpuan para pemain golf di negara ini.

 

Menurut beliau, jumlah penyertaan berkenaan menunjukkan objektif utama BDB menganjurkan kejohanan ini untuk mempromosi DGCC yang merupakan antara lapangan golf yang terbaik di utara tanah air mencapai sasaran.

 

“Dalam masa yang sama, BDB menyahut seruan Kerajaan Negeri untuk menjadikan Kedah bukan sahaja sebagai destinasi untuk bermain golf tetapi memperkenalkan keunikkan dan kepelbagaian produk pelancongan kepada orang luar bersempena Tahun Melawat Kedah 2016.

 

“Oleh itu, sekiranya pihak Firefly bersetuju untuk meneruskan kerjasama ini maka tidak mustahil kejohanan ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan dimasukkan dalam kalendar DGCC untuk tahun-tahun yang mendatang,” katanya dalam kenyataan di sini.

 

Terdahulu,  penganjuran kejohanan berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang sempat meluangkan masa untuk menyertai pertandingan tersebut.

 

Beliau kemudiannya melakukan pukulan tee-off kira-kira 7 pagi sekaligus merasmikan Kejohanan Golf BDB Firefly 2016.

 

Kejohanan BDB Firefly 2016 menawarkan hadiah keseluruhan mencecah RM1 juta di mana pemain golf yang pertama berjaya melakukan pukulan Hole-in-One akan memenangi sebuah rumah banglo dua tingkat di Bandar Darulaman berjumlah RM800,000.00 yang ditaja oleh BDB Land Sdn. Bhd.

 

Di samping itu, juara kejohanan tersebut akan membawa pulang dua tiket penerbangan pergi balik ke Phuket, Thailand termasuk pakej penginapan dan bermain golf manakala naib johan memenangi dua tiket penerbangan pergi balik ke Pulau Langkawi berserta pakej penginapan dan bermain golf .

 

Pemenang tempat ketiga pula menerima tiket penerbangan pergi balik ke mana-mana destinasi Firefly untuk dua orang yang mana kesemua hadiah ini ditaja oleh Firefly berjumlah lebih RM17,000.00.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive