2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

PUPUK SEMANGAT CINTAKAN ALAM SEKITAR, (CSR) GUNUNG JERAI SESI #1

November 28, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

64 Orang Pelajar Sekolah Kebangsaan Sik Dalam Terima Sumbangan Zakat BDB

November 14, 2016

Jitra - Seramai 64 orang pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sik Dalam yang terdiri daripada golongan asnaf telah diraikan pada Majlis Sumbangan Zakat Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) pada 14 November lalu.

 

Sumbangan wang tunai berjumlah RM 16,000.00 tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) Dato’ Izham Yusoff dalam majlis yang diadakan di Classic Café, Darulaman Golf and Country Club, Jitra.

 

Dalam majlis tersebut, setiap pelajar menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM250 seorang dan mereka diiringi oleh Guru Besar , Noor Ahmad Noordin serta empat orang guru pengiring dan empat orang wakil PIBG sekolah berkenaan.

 

Dalam ucapan beliau, Dato’ Izham menegaskan sumbangan wang zakat berkenaan merupakan salah satu inisiatif syarikat bersesuaian dengan peranan BDB sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri dalam membantu golongan yang memerlukan di Kedah.

 

Menurut beliau, bantuan yang diterima oleh kesemua pelajar tersebut boleh digunakan oleh para waris sempena sesi persekolahan 2017 yang hanya tinggal lebih sebulan dari sekarang sekaligus dapat mengurangkan beban yang ditanggungkan mereka.

 

“Sumbangan ini merupakan hasil pengembalian semula wang zakat perniagaan daripada Jabatan Zakat Negeri Kedah dan BDB menyalurkannya kepada golongan-golongan yang memerlukan bantuan tidak kira sama ada fakir miskin, ibu tunggal dan juga anak yatim.

 

“Sehubungan itu, saya mengharapkan sumbangan ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin setidak-tidaknya dapat digunakan bagi menampung untuk kegunaan untuk sesi persekolahan akan datang,” ujarnya.

 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed dan Pengurus Kelab, Ilias Ismail.

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive