Please reload

Recent Posts

BDB,LPB BANGUN RUMAH MAMPU MILIK | Kosmo! | 3 November 2020

November 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Keunikan Warisan Negeri Kedah Diabadikan Dalam Bentuk Foto Bersempena BDB Kedah Photoquest 2016

November 13, 2016

JITRA – Pertandingan BDB Kedah Photoquest 2016 telah berjaya menonjolkan keunikkan baharu di negeri Kedah yang sebelum ini tidak begitu diketahui orang ramai.

 

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Dato’ Izham Yusoff berkata BDB Kedah Photoquest telah berjaya memberi dimensi baharu kepada produk pelancongan di Kedah yang selama ini hanya dikaitkan dengan Pulau Langkawi.

 

“Sebelum ini orang ramai hanya tahu Kedah itu Langkawi dan pertandingan ini telah berjaya menonjolkan tarikan dan keistimewaan 10 daerah yang ada di Kedah seperti Padang Terap, Kulim, Bandar Baharu dan juga Pokok Sena.

 

“Dengan ini, pada masa akan datang diharapkan orang ramai tidak lagi menyamakan Kedah hanya dengan Langkawi sebaliknya apabila disebut sahaja Baling maka ia akan turut menggambarkan negeri Jelapang Padi ini juga,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majis Penyampaian Hadiah BDB Kedah Photoquest 2016 yang berlangsung di Classic Café, Darulaman Golf & Country Club, Jitra pada 13 November lalu.

 

Mengulas lanjut, Dato’ Izham menjelaskan pertandingan ini akan diteruskan pada tahun hadapan yang mana penambah baikan akan dijalankan bagi membolehkan ia berjaya mencapai objektif yang lebih menyeluruh.

 

“Pertandingan pada kali ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif BDB dalam membantu Kerajaan Negeri Kedah bersempena Tahun Melawat Kedah 2016 dan mengikut perancangan jangka panjang hasil karya terbaik akan dipamerkan dalam satu pameran yang akan diadakan di Kuala Lumpur.

 

“Namun begitu, untuk tahun depan saya mengharapkan pertandingan ini dapat dirangka supaya membolehkan penyertaan yang lebih daripada anak jati Kedah itu sendiri di samping penyertaan daripada peserta luar,” ujarnya.

 

Seramai 44 jurugambar terpilih dari 100 pemohon telah berkampung selama tiga hari bermula pada 10 November untuk merakam keunikan warisan negeri Kedah melalui lensa kamera.

 

Pertandingan tersebut juga telah berjaya menarik penyertaan dari luar Kedah yang kira-kira 80 peratus daripada peserta datang dari Lembah Kelang, Perak, Terengganu dan juga Pahang.

 

Dalam pertandingan tersebut, Aiman Naufal telah dinobatkan juara keseluruhan dan berjaya menghasilkan gambar terbaik seterusnya membawa pulang wang tunai berjumlah RM 5,000.00.

 

Dalam pada itu, para peserta lain juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila sebanyak 44 gambar terbaik pertandingan telah dipilih sekaligus melayakkan mereka membawa pulang wang berjumlah RM300 bagi setiap satu gambar.

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)