2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB-KEDAH PHOTOQUEST 2016 BAKAL MENJADI KEGILAAN PEMINAT FOTOGRAFI

October 12, 2016

KUALA LUMPUR, 12 Oktober 2016 – Keindahan suasana kehidupan dan muka bumi negeri Kedah bakal dirakamkan dalam bentuk gambar bersempena dengan penganjuran BDB Kedah Photoquest 2016 yang akan diadakan pada 10 November 2016 sehingga 13 November 2016.

 

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Dato’ Izham Yusoff, objektif pertandingan ini adalah untuk memperkenalkan serta mempromosi keunikan negeri jelapang padi ini kepada orang ramai termasuklah dari dalam dan luar negara.

 

“Bagi mereka yang meminati bidang fotografi, pertandingan ini boleh dianggap sebagai peluang keemasan untuk menjelajah seluruh Kedah memandangkan pertandingan ini memerlukan para peserta meneroka sepuluh daerah dalam negeri ini.

 

“Lebih menarik lagi, para peserta yang ingin menyertai pertandingan ini tidak perlu mengeluarkan sebarang kos kerana ia adalah percuma dan penganjur akan memberikan elaun penginapan serta elaun petrol mengikut daerah yang ditetapkan” ujarnya.

 

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini dikehendaki untuk menghantar portfolio berbentuk lima keping gambar yang terbaik meliputi genre-genre seperti landskap, alam semula jadi, seni bina dan macam-macam lagi kepada urusetia bermula 10 Oktober 2016 sehingga 25 Oktober 2016.

 

Memahami kebebasan dalam berkarya terutamanya seni fotografi, para peserta diberi pilihan untuk menggunakan semua jenis kamera untuk mengambil gambar termasuklah “drone” kecuali kamera telefon pintar.

 

Selain berpeluang menerokai keunikan Kedah, para peserta yang bertuah juga bakal menerima hadiah lumayan yang berjumlah RM22,000.00. Dalam pada itu, BDB berhak untuk menggunakan kesemua gambar yang diperolehi ini dalam apa sahaja penerbitan dan percetakan selepas pertandingan yang mana kredit akan diberikan kepada jurugambar tersebut.

 

Adalah menjadi harapan pihak penganjur agar pertandingan ini dapat menarik ramai peserta bukan sahaja untuk memenangi hadiah yang ditawarkan, malah untuk menghargai dan mempelajari bentuk geografi dan keindahan alam semula jadi yang terdapat di seluruh Kedah.

 

Kepada peserta yang berminat, mereka boleh menghantar penyertaan ke bdbphotoquest@gmail.com dan sebarang maklumat lanjut berhubung pertandingan ini boleh melayari laman Facebook “Umbi Kedah”.
 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive