Please reload

Recent Posts

BDB,LPB BANGUN RUMAH MAMPU MILIK | Kosmo! | 3 November 2020

November 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MOHAMAD JIWA MUNCUL JUARA DI KEJOHANAN KRIKET PIALA TAN SRI HAMZAH

September 25, 2016

Mempunyai azam dan keinginan yang tinggi, pasukan Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa telah berjaya mengukir sejarah apabila dinobatkan sebagai juara bagi Kejohanan Kriket Piala Tan Sri Hamzah Peringkat Kebangsaan 2016.


Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Dato’ Izham Yusoff, yang juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa menzahirkan perasaan bangga beliau dengan pencapaian yang dikecapi oleh sekolah berkenaan.


Menurutnya, kejayaan yang dicapai oleh Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa ini merupakan bukti kriket yang turut dikenali sebagai gentlemen game merupakan permainan berpasukan yang memerlukan kerjasama dan komitmen penuh daripada para pemain.


Menurutnya, ini sememangnya selari dengan matlamat Sekolah Berasrama Penuh yang ingin melahirkan generasi berilmu tinggi dan pada masa yang sama mempunyai daya modal insan yang menyeluruh.


“Penganjuran kejohanan kriket seperti ini merupakan satu inisiatif yang perlu diiktiraf oleh semua pihak kerana pendedahan dan pertandingan di peringkat sekolah kepada pemain amat penting bagi memastikan pemain-pemain menjadi lebih kuat dan disegani.


“Di samping itu, kejohanan ini yang merupakan acara tahunan yang dilaksanakan antara sekolah berasrama penuh sebagai medan terbaik bagi mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan kriket untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi pada masa hadapan,” katanya ketika berucap pada majlis penutup yang diadakan pada 25 September lalu.


Dalam majlis yang sama, Kumpulan Bina Darulaman Berhad telah berbesar hati menyumbangkan sebanyak RM10,000.00 kepada Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa sebagai salah satu bentuk sokongan syarikat kepada pihak sekolah dalam usaha membangunkan modal insan generasi muda khususnya dalam bidang sukan terutamanya kriket pada masa hadapan.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)