Please reload

Recent Posts

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) KE-25

September 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB EXTREME JITRA CHALLENGE 2016 TINGKATKAN KESERONOKAN DAN KEMERIAHAN PEMINAT SUKAN LASAK

September 17, 2016

BDB Extreme Jitra Challenge 2016, acara larian berhalangan yang pertama dianjurkan di Kedah telah mendapat sambutan hangat lebih 500 warga Jitra termasuk kakitangan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB).


Berlangsung pada 17 September lalu di Darulaman Park, Jitra, seawal jam 6 pagi kesemua peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian tersebut sudah mula membanjiri untuk tujuan pendaftaran serta memanaskan badan sebelum memulakan larian.


Dalam larian berkenaan, para peserta perlu merentasi 10 jenis halangan sepanjang 7 kilometer (km) yang mana mereka dilepaskan secara berperingkat dan wargakerja BDB dilepaskan pada pelepasan terakhir.


Sejurus dilepaskan, para peserta perlu melalui halangan Tyres Steps sebagai halangan pertama sebelum mengharungi halangan seterusnya dan merupakan antara halangan yang paling sukar bagi kebanyakkan peserta iaitu Monkey Business.


Para peserta perlu bergayut pada besi dan berayun dan sememangnya cabaran ini memerlukan para peserta untuk memiliki kekuatan pada bahagian atas badan dan genggaman tangan yang kuat untuk melepasinya.


Di samping itu, mereka juga perlu melepasi beberapa halangan lain seperti Spider Web dan juga Death Valley serta halangan yang paling menarik perhatian iaitu Ice Pool yang mana para peserta perlu mempunyai ketahanan tinggi dalam menahan rasa sejuk pada suhu yang rendah.


Secara keseluruhan, semua halangan jelas menguji tahap ketahanan diri para peserta dari segi mental dan fizikal. Selain itu, ia juga telah mengeratkan silaturahim antara wargakerja BDB dan juga peserta-peserta yang terdiri daripada orang awam. Ini sekali gus telah mengeratkan lagi hubungan BDB dengan masyarakat setempat.


“Saya dapat lihat kebanyakkan peserta dan juga kakitangan BDB pada hari ini telah menunjukkan kesungguhan mereka dalam mengharungi cabaran dan halangan di sepanjang trek larian.


“Selain itu, semangat kerjasama yang ditonjolkan oleh mereka semasa menolong antara satu sama lain adalah sesuatu yang membanggakan saya. Adalah menjadi harapan saya agar halangan-halangan ini akan dipelbagaikan untuk tahun-tahun seterusnya” kata Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff.


Tambahnya lagi, acara larian ini sangat istimewa kerana ia merupakan satu larian yang bukanlah satu perlumbaan tetapi lebih kepada cabaran menyelesaikan semua halangan yang disediakan.


Sejurus tiba di garisan penamat, setiap peserta yang berjaya mengharungi semua 10 cabaran mendapat pingat dan kemeja T-shirt BDB Extreme Jitra Challenge sebagai tanda kejayaan.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)