Please reload

Recent Posts

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) KE-25

September 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

5 MASJID TERIMA 6 EKOR LEMBU SUMBANGAN BDB

September 7, 2016

SERDANG, 7 SEPTEMBER – Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini, Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menyumbangkan sebanyak 6 ekor lembu yang berjumlah RM26,400 kepada 5 masjid di sekitar daerah Kulim, Bandar Baharu yang berlangsung di Masjid Al-Khairiah, Sungai Batu, Serdang, Kedah semalam.


Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Y.Bhg. Dato’ Izham Yusoff serta Pengurus Kanan Komunikasi Korporat, Sajahan Abdul Waheed kepada Imam serta wakil masjid-masjid yang terpilih. Antara masjid yang terpilih termasuklah Masjid Al-Khairiah, Masjid Al-Fateh, Majid At-Taufiq, Surau Kampung Sungai Tepus serta Surau Kampung Banggol Rashid yang semua terletak di dalam kawasan Parlimen Kulim-Bandar Baharu.


“Sumbangan pada hari ini adalah merupakan salah satu tuntutan ibadah kepada umat Islam dalam membantu golongan asnaf menyambut Hari Raya Aidil Adha. Program korban ini juga merupakan salah satu sumbangan syarikat korporat dalam mendekatkan diri serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dengan penduduk setempat," kata Dato’ Izham Yusoff.


Tambahnya lagi, hubungan erat ini bukan sahaja diberi tumpuan sewaktu perayaan, malahan syarikat pembangunan itu juga turut membantu kecemerlangan akademik murid di sekolah rendah sekitar negeri Kedah serta kebajikan penduduk setempat.


Wakil-wakil masjid yang terpilih berasa begitu bersyukur di atas kesudian pihak BDB dalam memberi sumbangan ini kepada mereka. “Kami sememangnya menanti-nantikan peluang seperti ini agar ada pihak yang sudi menyumbangkan beberapa ekor lembu kepada masjid kami bersempana Hari Raya Aidil Adha. Sumbangan ini sememangya akan menceriakan anak-anak khariah kampung yang akan pulang beraya di desa” Ujar salah seorang wakil masjid penerima sumbangan lembu ini.


Dalam pada itu, Sajahan berkata, keprihatinan pengurusan BDB dalam membantu golongan asnaf di sekitar negeri Kedah sewajarnya dicontohi oleh syarikat korporat lain dalam melaksanakan amal jariah bersempena Hari Raya Aidil Adha yang disambut setiap tahun.

 

Turut diadakan adalah bacaan tahlil dan tazkirah ringkas bersempena peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, solat Maghrib berjemaah dan juga jamuan makan malam bersama penduduk tempatan.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)