Please reload

Recent Posts

BDB,LPB BANGUN RUMAH MAMPU MILIK | Kosmo! | 3 November 2020

November 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Raise The Flag - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-58

August 30, 2015

Buat julung kalinya, sempena sambutan Hari Kemerdekaan beberapa aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan program anjuran Kumpulan Bina Darulaman Berhad.
Antara aktiviti yang telah menarik perhatian pengunjung adalah Zumba, buskers, pertunjukan paramotor, perjumpaan penunggang motosikal berkuasa tinggi, persembahan BDB Idol, persembahan budaya, brass band parade, countdown merdeka dan deklamasi sajak patriotik.


Lebih 500 perserta termasuklah kakitangan anak anak syarikat BDB, pelajar sekolahdan orang awam telah mengambil bahagian dalam acara Fun Run 2.5 Kilometer(km) serta Merdeka Run 5.0km.


Bertambah rancak apabila artis jemputan Kumpulan Legend, Kopratasa menghiburkan penonton yang mula berkumpul di sekitar tasik seawall jam 5 petang.


Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Izham Yusoff berkata acara sebegini mendapat sambutan mengalakkan daripada masyarakat tempatan.


“Pihak BDB akan cuba menjadikan acara sambutan kemerdekaan sebegini sebagai aktiviti tahunan lagipun ia dilihat mampu mendekatkan BDB dengan masyarakat sekeliling.

 

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)