Please reload

Recent Posts

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT KUMPULAN BDB BERJALAN LANCAR

March 2, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Majlis Menandatagani Perjanjian Antara BDB Infra & OCBC Al-Amin Bank Berhad dan BDB Land & Malayan Banking Berhad (Maybank)

August 13, 2015

KUALA LUMPUR: Bahagian pembangunan hartanah Bina Darulaman Bhd, BDB Land Sdn Bhd memeterai perjanjian pembiayaan bernilai RM280 juta dengan Malayan Banking Bhd (Maybank).


Daripada jumlah tersebut, RM230 juta adalah untuk Kemudahan Pembiayaan Pinjaman Berjangka dan RM50 juta bagi 'Cash Line-i'.


Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Datuk Izham Yusoff menyifatkan kemudahan pinjaman pembiayaan dengan Maybank itu satu bentuk hubungan kerjasama baik antara syarikat hartanah terkemuka di utara Semenanjung dengan institusi kewangan terbesar di negara ini.


Majlis menandatangani perjanjian pembiayaan itu disaksikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.


Sementara itu, BDB Infra Sdn Bhd, bahagian pembinaan dan kuari Bina Darulaman, memeterai perjanjian bernilai RM40.4 juta dengan OCBC Al-Amin Bank Bhd untuk kemudahan pembiayaan Islam.


Wang akan diguna untuk membiayai loji pracampur dan kemudahan kuari di Sungai Ular, Kulim serta projek penyelenggaraan negeri merangkumi enam daerah di Kedah.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)