2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB Bakal Bangunkan Projek Perumahan Bernilai RM31 juta di Daerah Bandar Baharu, Kedah

July 25, 2016

Kedah Holdings Sdn Bhd (KHSB), anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB) bakal melancarkan projek perumahan yang pertama di Daerah Bandar Baharu, Kedah di atas tanah seluas 13 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM31 juta.


Projek tersebut akan dibangunkan di atas lot Plot 1 dan 2, Seksyen 8, Serdang, Bandar Baharu, Kedah dan merupakan kawasan pembangunan perumahan yang dirancang untuk memenuhi keperluan penduduk setempat.

 

Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff berkata, cadangan pembangunan yang dirancang adalah melibatkan 132 unit rumah dan 11 unit kedai pejabat.

 

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut KHSB akan membangunkan 58 unit rumah mampu milik yang mana ia akan ditawarkan pada harga yang berpatutan untuk masyarakat di kawasan berkenaan.

 

“BDB melalui KHSB Bhd melihat Daerah Bandar Baharu secara amnya atau Serdang khususnya mempunyai potensi untuk dibangunkan.
“Oleh itu saya mengharapkan dengan adanya projek perumahan ini akan merancakkan lagi pembangunan di daerah ini.”

 

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Pecah Tanah Projek Usahasama Antara Majlis Daerah Bandar Baharu dan KHSB yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Dato’ Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail, mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di sini hari ini.

 

Majlis pecah tanah ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada peduduk setempat. Sebanyak 800 borang permohonan rumah telah diisi oleh mereka yang hadir ke majlis ini.

 

KHSB terlibat dalam pembangunan hartanah berskala sederhana dan antara projek-projek perumahan yang telah dilaksanakan adalah Kulim Heights Apartment, Taman Nusantara, Taman Lelasari yang terletak di kawasan pinggir bandar seperti Kulim, Kuala Kedah dan Langgar.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive