2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

109 PELAJAR CEMERLANG SMK SULTAN AHMAD TAJUDDIN DI RAI

July 24, 2016

BANDAR BAHARU 24 JULAI – Seramai 109 pelajar cemerlang SMK Sultan Ahmad Tajuddin telah diraikan pada Hari Anugerah Cemerlang yang bertempat di Dewan Gemilang sekolah tersebut .


Majlis yang diadakan penuh gemilang itu telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Dato’ Izham Yusoff. Beliau yang turut hadir sempat mengucapkan tahniah dan syabas kepada para penerima hadiah.


Kebanggaan dan kegembiraan jelas terpancar di wajah-wajah waris pelajar yang turut hadir menyerikan majlis ini. “Saya amat gembira dengan pencapaian yang anak saya telah terima. Berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada para guru yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada anak saya” kata salah seorang waris pelajar.


Pada majlis tersebut, para pelajar yang telah berjaya dalam bidang akademi mahupun kokurikulum telah menerima sijil pencapaian dan juga cenderahati daripada pihak sekolah.


“Saya berharap agar para pelajar di sekolah ini akan sentiasa berusaha untuk berada di tahap yang lebih cemerlang pada masa akan datang. Sebagai anak muda yang sememangnya akan menempuhi dunia pekerjaan yang mencabar, saya nasihatkan agar para pelajar akan sentiasa memperbaiki diri sendiri terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.”pesan Dato’ Izham Yusoff kepada para pelajar.


Majlis yang dimulakan dengan tradisi menjual pantun dan dibeli oleh Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman tamat dengan persembahan hebat kumpulan nasyid sekolah dengan lagu ciptaan sendiri.


Turut hadir menyerikan majlis tersebut adalah Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan Bina Darulaman Berhad. Sekali lagi diucapkan tahniah dan syabas kepada para pelajar yang diraikan.     

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive