Please reload

Recent Posts

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) KE-25

September 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB ANJUR MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2016

July 21, 2016

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah berlangsung dengan penuh meriah pada 21 Julai lalu yang diadakan di Darulaman Golf, Country & Club, Jitra.


Majlis yang bertemakan Warna-Warni Aidilfitri itu bermula pada pukul 5 petang itu diadakan bertujuan untuk meraikan wargakerja BDB, rakan niaga dan juga tetamu kenamaaan.


Kemeriahan majlis ini turut diserikan lagi oleh kehadiran tetamu-tetamu kenamaan iaitu Ahli Mesyuarat dan pegawai tertinggi Kerajaan Negeri Kedah serta rakan media Kedah yang sememangnya mempunyai ikatan yang rapat bersama BDB.


Antara juadah yang mendapat sambutan di majlis tersebut termasuklah daging kambing bakar, sate, kuih-muih tradisional serta makanan tradisi Melayu dalam menyambut hari lebaran.


Di samping itu, persembahan khas daripada para penari BDB yang mana mempersembahkan pelbagai tarian dan joget tradisi masyarakat Melayu.


Kehadiran penyanyi terkenal, Ezad Lazim yang melantunkan suara emasnya turut meceriakan lagi majlis rumah terbuka tersebut yang mana ramai antara wargakerja BDB serta para tetamu yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama penyanyi tersebut.


Menurut Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff, majlis rumah terbuka ini diadakan khusus untuk meraikan hari lebaran ini bersama wargakerja BDB serta mereka-mereka yang berkepentingan kepada BDB.


“Saya dapat lihat ramai antara kita pada malam ini yang hadir berpakaian cantik berseri-seri untuk majlis ini. Saya berharap agar ikatan perhubungan antara satu sama lain akan dapat dieratkan lagi bersesuaian dengan kesucian bulan syawal ini” tambahnya lagi.


Dalam pada itu, Pengurus Kanan Komunikasi Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed. turut menzahirkan perasaan gembira dan teruja dengan perjalanan majlis berkenaan sekalipun keadaan cuaca pada waktu malam sedikit hujan.


“Biarpun cuaca hujan rintik-rintik, semangat kita untuk menyambut hari lebaran di Majlis Rumah Terbuka ini tidak pernah hilang. Malah, kami semua merasa teruja untuk bersama-sama dengan yang lain” katanya.    

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)