2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

PUPUK SEMANGAT CINTAKAN ALAM SEKITAR, (CSR) GUNUNG JERAI SESI #1

November 28, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

200 ANAK YATIM DISUMBANG PERSIAPAN HARI RAYA AIDLIFITRI

June 30, 2016

ALOR SETAR 30 JUN – Kegembiraan terpancar pada wajah 200 anak yatim dan kurang berkemampuan apabila dibawa membeli-belah keperluan persiapan Hari Raya Aidilfitri di Jakel Alor Setar, baru-baru ini.


Kesemua mereka diraikan dalam Program Semurni Kasih Aidilfitri Bersama Anak-anak Yatim & Miskin yang merupakan kerjasama antara Bina Darulaman Berhad (BDB) dan Persatuan Belia Nur Kasih.


Program ini diadakan bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bersama golongan memerlukan khususnya anak yatim yang mana ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada mereka untuk merasai nikmat sebenar menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti rakan seusia mereka yang lebih bernasib baik kerana mempunyai ibu-bapa yang berkemampuan menyediakan kelengkapan Aildifitri.


Selain itu, program ini juga antara inisiatif bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang sememangnya digalakkan untuk memperbanyakkan amalam bersedekah yang menjadi tuntutan agama.


Kesemua mereka diberi peluang untuk memilih baju sendiri di samping menerima duit raya sumbangan daripada BDB yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, Sajahan Abdul Waheed.


Dua penerima bernama Siti Rowaida dan Alia Najihah, masing-masing berusia 12 tahun berkata, mereka tidak menyangka diberikan peluang membeli-belah di Jakel oleh pihak BDB.


“Sudah lama saya tidak merasa peluang seperti ini. Alhamdulillah, impian saya untuk membeli sepasang baju baru tercapai dengan adanya bantuan seperti ini” Kata mereka berdua.


Berkongsi pengalaman membeli-belah, sumbangan itu juga telah menceriakan rakan-rakan yang lain dalam menyambut kedatangan Syawal.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive