Please reload

Recent Posts

BDB,LPB BANGUN RUMAH MAMPU MILIK | Kosmo! | 3 November 2020

November 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB CERIAKAN PERSIAPAN HARI RAYA AIDILFITRI 200 PENDUDUK DUN BANDAR BAHARU

June 29, 2016

BANDAR BAHARU 29 JUN – Persiapan Hari Raya Aidilfitri bagi 200 golongan asnaf, anak-anak yatim serta ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baharu diceriakan apabila Bina Darulaman Berhad (BDB) menyumbangkan sebanyak RM36,000 pada Majlis Berbuka Puasa dan Ramah Mesra yang diadakan di Masjid Al-Aman, Parit Nibong di sini, kelmarin.


Menurut Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato' Izham Yusoff, pemberian sumbangan ini diharapkan sedikit-sebanyak dapat meringankan bebanan mereka tatkala Hari Raya Aidifitri bakal menjelma tidak lama lagi serta mengeratkan lagi hubungan antara syarikat serta penduduk di kawasan DUN tersebut.


"Seperti mana sedia maklum, pembangunan di DUN Bandar Baharu agak terkebelakang berbanding kawasan sekitar seperti Parit Buntar yang mana kedua-dua kawasan ini hanyalah dipisahkan oleh sebatang sungai sahaja.


"BDB melalui anak syarikat Kedah Holdings Sdn. Bhd. merancang untuk membangunkan projek perumahan di Serdang kerana kami melihat kawasan Bandar Baharu mempunyai potensi yang tinggi untuk dibangunkan demi meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.


"Oleh itu, saya berharap sumbangan yang diberikan pada hari ini akan dapat menceriakan para penerima khususnya dalam membuat persiapan untuk hari raya yang akan datang. Dalam bergembira menyambut ketibaan Syawal, saya berharap agar hubungan antara BDB dan juga penduduk Bandar Baharu dapat diperkukuhkan lagi. Semoga sambutan Aidilfitri kali ini lebih bermakna bagi penduduk di sini," tambahnya lagi.


Tambah Dato' Izham, BDB sebagai salah satu anak syarikat milik Kerajaan Negeri Kedah akan terus aktif untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dalam usaha membantu kebajikan rakyat Kedah.


Selain sumbangan wang tunai sebanyak RM36,000 kepada 200 penerima, BDB turut menyumbangkan sebanyak RM5,000 kepada pengurusan Masjid Al-Aman serta tazkirah ringkas sebelum berbuka puasa serta solat terawih berjemaah turut diadakan bersama-sama dengan penduduk setempat bersempena bulan yang penuh barakah ini.


Majlis penyampaian sumbangan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Dato' Norsabrina Mohd Noor serta Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan, Encik Sajahan Abdul Waheed.


Jelas Dato' Nor Sabrina, beliau berterima kasih dengan sumbangan yang telah dihulurkan oleh pihak BDB dan mengharapkan agar usaha murni seperti ini dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan.


"Saya turut berterima kasih kepada BDB yang sudi menyumbangkan RM5,000 kepada pengurusan masjid yang mana saya difahamkan ia akan membolehkan pendingin hawa baru dapat dipasang untuk kegunaan ahli kariah di sekitar Parit Nibong," ujar beliau.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)