2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

PUPUK SEMANGAT CINTAKAN ALAM SEKITAR, (CSR) GUNUNG JERAI SESI #1

November 28, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Majlis Iftar di Masjid Jamek Badlishah, Yan

June 28, 2015

YAN: Pada 28hb Jun 2015, telah berlangsung satu lagi majlis iftar dan sesi ramah mesra bersama ADUN Guar Cempedak YB Dato’ Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail dan isteri di Masjid Jamek Badlishah, Yan. Majlis ini anjuran Bina Darulaman Berhad sepenuhnya yang melibatkan hampir kesemua warga kerja di ibu pejabat BDB. Hal ini kerana, pada kali ini BDB sendiri yang melakukan segala persiapan dari pembungkusan sumbangan sehingga ke penerimaan oleh para penerima.


Majlis iftar ini juga mendapat kerjasama daripada kesemua pengurusan kanan BDB yang turut hadir bersama-sama ke masjid dengan menaiki bas yang disediakan bersama-sama warga kerja yang lain. Turut serta dalam majlis ini ialah Y.Bhg Dato’ Izham Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad.


Seramai 200 orang penduduk kampung hadir dalam majlis ini dan menerima sumbangan daripada pihak BDB berupa wang tunai RM100 dan barangan keperluan harian. Selain itu, pihak Masjid Jamek Badlishah juga turut menerima sumbangan wang sejumlah RM5,000 sebagai sumbangan daripada pihak BDB kepada tabung masjid.


Setelah pemberian wang sumbangan dan barangan keperluan, majlis diteruskan dengan bacaan tahlil ringkas daripada Imam masjid sementara menunggu waktu berbuka.

 

Y.Bhg Dato’ Izham Yusoff sempat menunaikan solat Maghrib secara berjemaah bersama penduduk kampung dan YB Dato’ Ku Abdul Rahman Ku Ismail.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive