2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2016 (KUALA LUMPUR)

June 28, 2016

KUALA LUMPUR 28 JUN – Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) sekali lagi telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bertempat di Grand Hyatt, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Majlis yang dihadiri kira-kira 300 tetamu jemputan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Kedah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.


Majlis yang bermula pada jam 2.30 petang ini telah berjalan dengan meriahnya dengan persembahan-persembahan artis jemputan seperti Datin Alyah dan Jay Jay yang masing-masing menyampaikan 4 buah lagu.


Tidak dilupakan juga keindahan tarian tradisi oleh pasukan tarian BDB dan Kebudayaan Negeri Kedah yang merancakkan lagi sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri kali ini.


Suasana sambutan Majlis Rumah Terbuka ini diceriakan lagi dengan celoteh dan lawak jenaka oleh pasangan pengacara majlis, Nabil Ahmad dan Angah Raja Lawak yang membuatkan para tetamu tidak kering gusi.


Menurut Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sudah lama terjalin antara rakan-rakan niaga dan juga warga kerja syarikat.


Sambil menikmati juadah yang disediakan, para tetamu kenamaan berkesempatan beramah-mesra dengan semua kakitangan serta tetamu yang hadir.


Turut diadakan di majils tersebut adalah pelancaran “BDB Land Property Apps” yang menampilkan produk terkini daripada BDB Land yang boleh diakses melalui Android dan juga IOS.

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive