2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB SUMBANG RM15, 760.70 KEPADA PENDUDUK KAMPUNG LERET, SERDANG, KEDAH

June 27, 2016

BANDAR BAHARU 27 JUN – Seramai 36 penduduk Kampung Leret, Serdang, Kedah yang terdiri daripada golongan asnaf, ibu tunggal serta anak-anak yatim telah menerima sumbangan daripada Bina Darulaman Berhad (BDB) dalam Majlis Berbuka Puasa dan Ramah Mesra anjuran Kedah Holdings Sdn. Bhd. di Surau Raudatul Ulum di sini kelmarin.


Dalam majlis berkenaan, sebanyak RM15, 760.70 telah diperuntukkan untuk diagihkan kepada para penerima manakala sumbangan berjumlah RM1,160.70 dalam bentuk set pembesar suara turut disumbangkan kepada pihak pengurusan surau.


Terdahulu, Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff turut berkesempatan untuk turun padang dalam program Rumah ke Rumah untuk mengagihkan sumbangan zakat kepada empat orang penerima.


Beliau turut berkesempatan untuk beramah-mesra dan bertanya khabar kepada keluarga penerima serta penduduk kampung tersebut.


“Saya berharap agar sumbangan yang diberikan ini mampu meringankan beban serta mengukir senyuman di wajah-wajah penerima terutamanya dalam kemeriahan menyambut syawal yang akan berkunjung tiba,” tambahnya lagi.


Sebagai anak syarikat kerajaan negeri, BDB akan terus melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatkan dalam usaha membantu rakyat Kedah meringankan beban mereka.


Majlis penyampaian sumbangan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Pengurus Kanan, Kedah Holdings Sdn. Bhd. Mohamad Suhaimi Mohamad Yusof serta Pengurus Kanan Komunikasi Korporat, Sajahan Abdul Waheed.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive