2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB RAI 360 PENDUDUK DUN PANTAI MERDEKA

June 26, 2016

TIKAM BATU 26 JUN – Seramai 360 orang penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Merdeka diraikan oleh Bina Darulaman Berhad (BDB) apabila mereka menerima sumbangan bersempena bulan Ramadan bernilai RM36,000.00 pada Majlis Berbuka Puasa dan Ramah Mesra anjuran BDB Synergy yang diadakan di Masjid Al-Ikhlas, Pulau Sepom di sini kelmarin.


Dalam majlis berkenaan, setiap penerima menerima wang tunai sebanyak RM100 seorang dan BDB juga turut menyumbangkan sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 kepada pihak pengurusan masjid yang menjadi tuan rumah kepada penganjur program berkenaan.


Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff berkata, majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memantapkan dan merapatkan lagi hubungan antara pihak syarikat dan masyarakat setempat terutamanya di kawasan yang mana BDB mempunyai projek-projek pembangunan.


Menurut beliau, sebagai anak syarikat kerajaan negeri, BDB tidak hanya terlalu menfokuskan hanya untuk menjalankan perniagaan tetapi turut juga turut padang dan terlibat dengan pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan.


"Untuk itu, sepanjang bulan Ramadan tahun ini sahaja BDB telah memperuntukkan dana berjumlah RM360,360.70 untuk tujuan sumbangan kepada masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan dan lain-lain.


"Oleh itu, peruntukkan yang besar itu jelas membuktikan BDB komited dalam usaha membantu serta meringankan beban golongan asnaf dan kurang berkemampuan di negeri Kedah terutamanya apabila Hari Raya Aidilfitri akan menjelma tidak lama lagi.


“Saya mengharapkan sumbangan dan bantuan ini dapat dimanfaatkan untuk kegunaan yang baik serta dapat menceriakan para penerima terutamanya dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri kelak," tegasnya.


Majlis penyampaian sumbangan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ali Yahaya, Pengarah Eksekutif BDB Synergy, Noor Rosli Mohd Ali serta Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive