2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT KUMPULAN BDB BERJALAN LANCAR

March 2, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA WARGA KERJA BINA DARULAMAN BERHAD 2016

June 23, 2016

JITRA 23 JUN- Warga kerja Bina Darulaman Berhad (BDB) sekali lagi diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa 2016 yang telah diadakan di Classic Café, Darulaman Golf & Country Club baru-baru ini.


Majlis yang diadakan ini bertujuan untuk menghargai warga kerja BDB serta merapatkan lagi hubungan silaturahim yang terjalin antara warga kerja BDB. Selain itu, majlis ini juga dianjurkan bertujuan berkongsi rahmat dan nikmat bulan Ramadan Al-Mubarak bersama-sama warga kerjanya. Kehadiran warga kerja BDB ke majlis tersebut sememangnya telah memeriahkan lagi suasana berbuka puasa secara beramai-ramai.


Menurut Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff, majlis seperti ini merupakan acara tradisi tahunan yang ditunggu-tunggu oleh warga kerja BDB setiap kali menjelang Ramadan dan sememangnya majlis ini diadakan setiap tahun. Beliau juga turut berkongsi pandangan mengenai kepentingan beramal serta melakukan kebaikan di sepanjang bulan yang mulia ini.


“Saya berharap agar warga kerja BDB akan tetap terus komited dalam menabur bakti sepanjang bersama dengan BDB” tambahnya lagi.


Selain itu, tazkirah ringkas sebelum majlis berbuka dan juga solat tarawih berjemaah adalah antara akviti-aktiviti yang dijalankan dalam majlis tersebut dan warga kerja BDB turut mengambil kesempatan ini untuk beramah-mesra sambil menikmati moreh selepas solat tarawih. Semoga majlis seumpama ini memperoleh keberkatan dan semua warga kerja BDB akan terus mengamalkan nilai-nilai murni di sepanjang bulan Ramadan yang pernuh keberkatan ini.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive