2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

200 Penduduk Terima Sumbangan daripada BDB

June 20, 2016

POKOK SENA 20 JUN – Seramai 200 orang penduduk di Kampung Panchor di sini menerima sumbangan bernilai RM36,000.00 daripada Bina Darulaman Berhad (BDB) sempena Majlis Berbuka Puasa & Ramah Mesra anjuran BDB Infra Sdn. Bhd yang diadakan di Masjid Kampung Panchor kelmarin.


Sebagai anak syarikat kerajaan negeri, BDB tidak hanya fokus menjalankan perniagaan tetapi turut juga aktif terlibat dengan pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan dan majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memantapkan dan merapatkan lagi hubungan antara pihak syarikat dan masyarakat setempat.


Dalam majlis berkenaan, setiap penerima menerima wang tunai sebanyak RM180 seorang dan BDB juga turut menyumbangkan sejumlah RM 5000 kepada masjid yang telah menjadi tuan rumah kepada penganjur program ini iaitu Masjid Kampung Panchor.


Menurut Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato' Izham Yusoff, program tersebut jelas membuktikan BDB tetap komited dalam usaha membantu serta meringankan beban golongan asnaf dan kurang berkemampuan di negeri Kedah terutamanya dalam persekitaran ekonomi yang mencabar pada hari ini.


“Saya mengharapkan sumbangan dan bantuan ini dapat dimanfaatkan untuk kegunaan yang baik serta dapat menceriakan para penerima dalam bulan yang mulia ini.
"Oleh itu, saya berharap inisiatif yang dilakukan oleh BDB ini dapat menjadi contoh kepada agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain untuk turun padang dalam usaha memberikan bantuan dan dalam masa yang sama membantu kerajaan negeri," katanya.


Majlis penyampaian sumbangan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Dato’ Ahmad Lebai Sudin, Pengarah Eksekutif BDB Infra Sdn. Bhd, En. Mohd Sobri Hussein serta Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan BDB, En. Sajahan Abdul Waheed.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive