Please reload

Recent Posts

BDB,LPB BANGUN RUMAH MAMPU MILIK | Kosmo! | 3 November 2020

November 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Majlis Pelancaran Taman Tunku Intan Safinaz & Majlis Pecah Tanah Masjid TTIS di Bandar Darulaman

June 6, 2016

JITRA: Kepesatan sektor hartanah di utara tanah air memangkin usaha Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) untuk melancarkan beberapa projek pembangunan hartanah di Bandar Darulaman, Jitra. Salah satu daripada usaha Kumpulan BDB ini adalah dengan pelancaran Taman Tunku Intan Safinaz (TTIS). Upacara pelancaran TTIS ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah Darul Aman pada hari Sabtu, 6 Jun 2015.


Menurut Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff, tiga elemen utama yang menjadi tunjang kepada TTIS adalah elemen persekitaran yang nyaman, teknologi serta komuniti. Projek perumahan TTIS yang dibangunkan oleh anak syarikatnya, BDB Land ini dibina di atas tanah seluas 237.28 ekar dan merangkumi pembinaan sebanyak 1,615 unit rumah yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti rumah banglo, rumah berkembar, rumah teres, pangsapuri mampu milik dan kos rendah, yang dijangka siap dibina pada tahun 2018. Harga kediaman yang ditawarkan di TTIS ini bermula dari RM260,000 hingga RM552,000.

 

Beliau turut berkata, Taman Tunku Intan Safinaz (TTIS) yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (NPK) sejumlah RM532 juta merupakan sebahagian daripada fasa projek pembangunan perumahan di Bandar Darulaman. Selain projek perumahan, TTIS yang dibangunkan di persekitaran hijau dan berlatarkan Tasik Darulaman ini, turut menyediakan prasarana seperti pusat komersil, masjid serta rekreasi untuk amalan gaya hidup sihat, selain memudahkan komuniti Bandar Darulaman dalam menjalankan urusan seharian.

 

Selain itu, satu upacara pecah tanah Masjid TTIS turut diadakan pada hari yang sama. Masjid TTIS yang bernilai RM8 juta ini, bakal dibina di atas tapak tanah berkeluasan 2.42 ekar. Masjid TTIS yang dibina di persekitaran taman rekreasi ini, mampu menampung sejumlah 1,208 jemaah dalam sesuatu masa.

 

Antara infrastruktur-infrastruktur lain di Bandar Darulaman ini adalah kemudahan jaringan jalan raya dua lorong, pusat komersil dan perniagaan, serta kemudahan seperti medan selera, stesen petrol, pondok polis, dan institusi pengajian.

 

Selain TTIS, projek-projek lain yang akan dilaksanakan oleh BDB Land adalah Darulaman Hills, Dataran Darulaman, serta projek pembangunan Darulaman Golf, Hotel dan Kondominium dengan Nilai Pembangunan Kasar (NPK) berjumlah RM900 juta.

 

Secara keseluruhan, pembangunan projek masa kini dan yang akan datang ini dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2021.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)