2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB Climb & Run Langkawi 2016

June 4, 2016

Kejohanan BDB Climb N Run Langkawi 2016 yang buat julung kalinya diadakan telah berlangsung dengan jayanya di Tangga Helang Seribu Kenangan, Hutang Lipur Lubuk Semilang, Langkawi.


Seramai 350 orang peserta dari dalam dan luar negara termasuk lebih 40 kakitangan Bina Darulaman Berhad (BDB) mengambil bahagian dalam siri pertama dalam BDB Triple Challenge tersebut.


Para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan yang mana kumpulan pertama hingga ketiga terdiri dilepaskan bermula jam 7 hingga 7.30 pagi manakala kumpulan terakhir yang terdiri daripada kakitangan BDB dilepaskan pada jam 7.45 pagi.
Pelepasan para peserta tersebut disempurnakan oleh Ahli Mesyuarat Kerajaan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama, Kerja Raya, Pelancongan dan Warisan Kedah, YB Dato' Mohd Rawi Abd Hamid dan juga Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff.


Mengulas mengenai kejohanan tersebut, Dato’ Izham menegaskan bahawa program tersebut merupakan usaha BDB untuk membantu kerajaan negeri dalam mempromosikan Kedah sebagai destinasi pelancongan terbaik di Malaysia.


Jelas beliau, kawasan hutan terutamanya di Hutan Lipur Lubuk Semilang yang dikelilingi tumbuhan herba serta pemandangan puncak yang amat menarik sudah pasti dapat membuka mata peserta terhadap keindahan alam semula jadi di Langkawi yang mana kebanyakan mereka tidak pernah diketahui umum sebelum ini.


“Di samping itu, program seperti ini juga dapat memupuk kakitangan BDB untuk memiliki fizikal yang sihat dan minda yang cerdas dan dalam masa yang sama menyampaikan mesej bahawa Kedah merupakan salah satu destinasi pelancongan terbaik di Malaysia.


“Malah kejohanan ini juga amat unik kerana saya rasakan tidak ada pihak yang pernah menganjurkan aktiviti seperti ini dan tidak mustahil ia akan dijadikan acara tahunan selepas ini,” ujarnya.


Pemenang bagi kategori lelaki yang telah berjaya dirangkul oleh Mohd Shahril Md Jusoh, 29 yang merupakan anggota Tentara Laut Diraja Malaysia di Lumut, Perak manakala bagi kategori wanita pula dimenangi oleh Tahira Mohd Zaid, 27, seorang suri rumah yang berasal dari Tanjung Malim.


Kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500 beserta baucar dan hadiah tajaan Brooks dan Oakley.


Manakala kakitangan BDB yang pertama menamatkan larian adalah Abdul Razak Sasu daripada BDB Indra, diikuti Mohd Izzat Che Pa (Darulaman Park) serta Nur Asma Amira daripada BDB Darulaman Golf & Resort Berhad.
 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive