2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT KUMPULAN BDB BERJALAN LANCAR

March 2, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB sumbang wang zakat kepada 324 penerima di Parlimen Jerlun

May 9, 2016

Alor Setar – Bina Darulaman Berhad (BDB) meneruskan usaha membantu meringankan beban golongan asnaf dan miskin di Kedah apabila menyumbangkan sebanyak RM64,800 kepada 285 penerima di kawasan Parlimen Jerlun.

 

Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff berkata Parlimen Jerlun merupakan kawasan ketiga yang dibantu oleh BDB selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Naka dan Kuala Nerang sebelum ini.

 

Menurutnya, pemberian sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) BDB bagi membantu golongan tersebut dan ia telahpun masuk tahun yang kedua selepas kali pertama diadakan pada tahun lalu.

 

“Jumlah peruntukkan tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan wang zakat pada tahun ini meningkat kepada RM296,250.00 berbanding RM212,500.00 pada 2015 serta seramai 1,190 penerima mendapat manfaat daripada program pengagihan zakat BDB.

 

“Sebagai syarikat milik Kerajaan Negeri Kedah, BDB akan terus memainkan peranan bagi membantu mereka yang memerlukan dan ia selari dengan tangungjawab sosial korporat kami,” kata Izham selepas merasmikan Program Sumbangan Wang Zakat Peringkat Parlimen Jerlun di perkarangan Masjid Alor Biak, Jerlun, Kedah.

 

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Jerlun, YB Dato' Othman Aziz dan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed.

 

Tambah Izham lagi, beliau berharap bantuan berkenaan dapat membantu meringankan beban golongan asnaf yang terdiri daripada para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana dan sarjana.

 

“Dengan ini, BDB sebagai syarikat milik Kerajaan Negeri Kedah sentiasa ingin menyumbang dan membantu rakyat di negeri ini yang mana diharapkan sumbangan zakat berkenaan dapat meringankan beban para penerima yang kebanyakannya akan memulakan babak baru dalam kehidupan mereka iaitu dengan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

 

“Diharapkan para penerima dapat menggunakan sumbangan ini dengan sebaik mungkin kerana cabaran ketika bergelar pelajar IPT ini berbeza berbanding sewaktu di sekolah kerana perlu belajar berdikari dan tidak terlalu mengharapkan bantuan daripada ibubapa,” jelasnya.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive