Please reload

Recent Posts

Fantasia Aquapark dibuka 1 Ogos ini KOSMO! | 30 JULAI 2020

July 30, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Majlis Makan Malam Tahunan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) 2016

April 27, 2016

Majlis Makan Malam Tahunan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 27 April lalu di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah.

 

Dengan tema Black Coffee & Orange Soda, seluruh Dewan Wawasan dipenuhi dan diwarnai dengan warna-warna berkenaan malah warga kerja dan para tetamu juga turut serta menjiwai tema yang dipilih pada tahun ini. 

 

Majlis berkenaan bermula kira-kira pada pukul 7 petang apabila Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Izham Yusoff dan isteri tiba di Dewan Wawasan serta disusuli dengan para tetamu kehormat.

 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah turut sudi meluangkan masa menghadiri majlis tersebut berserta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah.

 

Para tetamu disajikan dengan masakan ala ‘Minangkabau’ dan dihiburkan dengan persembahanAction Songoleh para pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Impian, pemenang BDB Idol, Juliwanis Riduan dan Shabani Hussein serta artis jemputan, Farahdhiya dan Ezad Lazim.

 

Di samping itu, para tetamu tidak kering gusi mendengar celoteh duo pengacara popular tanah air iaitu Raja Azura dan Nabil Ahmad yang berjaya menggamatkan suasana di dalam Dewan Wawasan.

 

Tidak ketinggalan, 15 kakitangan BDB yang bertuah berjaya membawa pulang pelbagai hadiah menarik selepas dipilih sebagai pemenang bagi acara cabutan bertuah manakala dua orang kakitangan BDB turut terpilih sebagai pemenang bagi kategori ‘Pakaian Terbaik’.

 

Majlis berkenaan melabuhkan tirai dengan persembahan duet antara Farahdhiya dan Ezad menerusi lagu daripada filem Dilwale iaitu ‘Janam-Janam’ dan ia berakhir kira-kira pada pukul 12.30 pagi.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)