2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB Sedia Bantu Bangunkan Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman Heights 1

March 28, 2016

Bina Darulaman Berhad (BDB) bersedia untuk membantu pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Darulaman Heights 1, Jitra membangunkan surau untuk kegunaan para pelajar serta kakitangan sekolah berkenaan.

 

Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff berkata BDB bersetuju untuk memberikan kerjasama selepas dimaklumkan bahawa surau yang sedia ada tidak mampu untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah.

 

“Saya dimaklumkan bahawa surau yang sedia ada digunakan oleh pelajar perempuan sahaja manakala pelajar lelaki terpaksa menggunakan dewan serbaguna untuk solat berjemaah setiap hari.

 

“BDB bersedia untuk bekerjasama dengan pihak sekolah dan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk membangunkan surau baru tersebut. Selain daripada dana yang sedia, BDB akan membantu dalam sekiranya terdapat keperluan yang masih tidak mencukupi,” katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBGkali ke -3 sekolah berkenaan yang berlangsung pada 24 Mac lalu.

 

Selain itu, Dato’ Izham turut memaklumkan BDB bersedia untuk menyumbangkan buku Bahasa Inggeris kepada Sekolah Darulaman Heights 1 dan pihak sekolah perlu merancang program bagi memastikan buku-buku berkenaan dapat digunakan sebaik mungkin oleh para pelajar.

 

Sementara itu, Pengetua SMK Darulaman Heights 1, Fadzilah Baharum merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian Pengarah Urusan Kumpulan BDB merasmikan majlis berkenaan sekalipun sekolah tersebut masih lagi dikategorikan sebagai baru.

 

Menurutnya, walaupun baru berusia tiga tahun, SMK Darulaman Heights 1 merupakan salah sebuah sekolah yang bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dan mendapat tempat ketiga dalam pertandingan <em>Choral Speaking</em> peringkat Daerah Kubang Pasu pada 2015.

 

Dalam majlis yang sama, seramai 111 individu cemerlang turut dirai yang mana ia terdiri daripada para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan peringkat tingkatan, Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia( SPM) pada 2015 serta guru-guru terbaik di sekolah tersebut.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive