2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB Sumbangkan 508 Buah Buku Bahasa Inggeris Kepada Sekolah Kebangsaan Seri Impian

March 14, 2016

Bagi membantu para pelajar di kawasan luar bandar untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menyumbangkan 508 buah buku kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Impian yang terletak di Padang Kesum, Sik, Kedah.

 

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff selepas merasmikan Kem Motivasi Kecermelangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung di Dewan Seri Impian pada 10 Mac lalu.

 

Dato’ Izham dalam ucapannya berkata beliau mengharapkan sumbangan buku berkenaan akan dapat membantu pihak sekolah khususnya para pelajar dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang yang mana kemahiran menguasai Bahasa Inggeris apa diperlukan dalam apa jua bidang yang diceburi.

 

“Oleh itu BDB berharap buku-buku Bahasa Inggeris ini dapat digunakan sebaik mungkin bagi memperbaiki dan meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris.

 

“Para pelajar perlu sedar akan kepentingan Bahasa Inggeris terutamanya untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi pada masa akan datang,” ujar beliau.

 

Untuk rekod, SK Seri Impian merupakan sebuah sekolah kecil yang hanya mempunyai 189 orang pelajar tetapi telah menunjukkan prestasi yang membanggakan bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris apabila mencatatkan peningkatan daripada 50% pada 2014 kepada 81.8% pada 2015.

 

Sementara itu, Guru Besar SK Seri Impian, Mohd Isa Hamid merakamkan jutaan terima kasih kepada BDB kerana sudi memberikan sumbangan buku Bahasa Inggeris bagi membantu pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan luar bandar.

 

“Pengurusan sekolah mengucapkan terima kasih kepada Bina Darulaman Berhad khususnya Dato’ Izham Yusoff yang sudi menghulurkan bantuan kepada sekolah luar bandar seperti kami.

 

“Secara jujurnya sekolah sangat memerlukan bantuan seperti ini bagi membolehkan para pelajar mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang” katanya.

 

Majlis itu juga turut dimeriahkan dengan persembahan menarik daripada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan ‘Action Song’ sempena Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kedah pada tahun lalu.

 

Persembahan tersebut juga berjaya mencuit hati Dato’ Izham Yusoff serta mencuri tumpuan para hadirin yang turut hadir pada majlis tersebut.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive