2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB Rai Pelajar Cemerlang Sekolah Model Khas Bukit Jenun

March 14, 2016

Bina Darulaman Berhad (BDB) meraikan 42 orang pelajar cemerlang dari Sekolah Model Khas Bukit Jenun yang berjaya dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

 

Anugerah kecemerlangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff sempena Mesyuarat Agong PIBG sekolah berkenaan yang berlangsung pada 9 Mac lalu.

 

Dalam ucapan beliau, Dato’ Izham berpuas hati dengan kehadiran ibu bapa untuk mengetahui perkembangan akademik anak-anak mereka secara terus dan mengharapkan penglibatan mereka itu akan mengekalkan kecemerlangan pelajar dan juga sekolah itu sendiri.

 

Tambah Dato’ Izham, beliau mengharapkan hubungan baik antara pihak sekolah dengan BDB akan diteruskan dalam jangka masa panjang dan syarikat akan cuba untuk membantu sekiranya memerlukan apa-apa bantuan.

 

“BDB akan cuba untuk membantu bagi meringankan beban pihak sekolah terutamanya melibatkan perkara-perkara yang memberi kesan secara langsung kepada para pelajar.Dengan ini saya berharap agar hubungan baik dapat diteruskan dan BDB akan berusaha membantu yang termampu termasuklah dengan memberi sumbangan buku pelajaran kepada pelajar-pelajar”,” jelas Dato’ Izham.

 

Majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan silat dan juga tilawah al-Quran oleh pelajar sekolah berkenaan.

 

Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Haslina Abu Kasim menjelaskan pihak sekolah tersebut sememangnya memberikan penekanan yang tinggi dalam aspek akademik dan kokurikulum.

 

“Kejayaan 11 orang pelajar menerima sijil Pengangkap Diraja sebelum ini amat membanggakan malah mereka turut melakarkan kejayaan dalam bidang sukan apabila berjaya memungut tujuh pingat emas, empat perak dan dua gangsa dalam Pertandingan Badminton Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Pendang.

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive