Program Kembali ke Sekolah Daerah Bandar Baharu

Prihatin dengan nasib golongan kurang mampu itu, terutama mereka yang tinggal di luar bandar, Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) telah melaksanakan program Kembali Ke Sekolah atau Back to School dengan fokus kepada murid-murid dari keluarga yang kurang bernasib baik di daerah Bandar Baharu pada 8 Disember 2015 di Dewan Seri Serdang.

Matlamatnya ialah membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka dengan harapan dapat menyuntik semangat dan memberi motivasi.

Yang paling penting melalui program itu dapat menceria dan memberikan keriangan kepada anak-anak terbabit untuk memulakan sesi persekolahan.

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Dato’ Izham Yusoff berkata, objektif utama program Back To School itu untuk membantu murid-murid kurang mampu sekali gus meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung ibu bapa.

Katanya, setiap murid yang berusia tujuh hingga 12 tahun menerima sepasang persalinan pakaian seragam sekolah, sepasang kasut dan sebuah beg.

"Program ini merupakan salah satu inisiatif dan tanggungjawab sosial BDB untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan,”katanya lagi.

Featured Posts
Recent Posts
Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)