Please reload

Recent Posts

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) KE-25

September 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Program Kembali ke Sekolah Daerah Sik

December 6, 2015

Raut riang terpancar pada wajah 200 pelajar sekolah dari daerah Sik apabila menerima sumbangan barang keperluan sekolah sempena Program Penyerahan Sumbangan Kembali Ke Sekolah anjuran Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB).

 

Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) meneruskan tradisi membantu anak-anak Kedah untuk tahun kedua dan program ini dibuat sebagai salah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

 

Projek Kembali Ke Sekolah merupakan projek tahunan BDB yang dihasratkan untuk membantu kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan dengan menyediakan keperluan sekolah tahun 2016.

 

Sehubungan itu, seramai 200 kanak-kanak yang merangkumi para pelajar sekolah rendah dari keluarga kurang berkemampuan telah dipilih untuk menerima satu set uniform sekolah, beg sekolah dan sepasang kasut beserta stoking pada Program “CSR Back to School” anjuran Kumpulan BDB yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Betong, Jenari Sik.

 

Antara 22 sekolah yang terpilih di daerah Sik untuk menerima manfaat daripada program ini adalah Sekolah Kebangsaan Batu 8, Sekolah Kebangsaan Jenari, Sekolah Kebangsaan Sik Dalam, Sekolah Seri Ampang Muda, Sekolah Kebangsaan Teloi Tua, Sekolah Kebangsaan Hujong Bandar, Sekolah Kebangsaan Dusun, Sekolah Kebangsaan Cina (Chung Hwa) Sik, Sekolah Kebangsaan Batu Lima, Sekolah Kebangsaan Haju Hussain, Sekolah Kebangsaan Chemara, Sekolah Kebangsaan Sik dan Sekolah Kebangsaan Paya Terendam.

 

Pengarah Urusan Kumpulan BDB berkata objektif utama Kumpulan BDB membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka dengan harapan dapat menyuntik semangat dan memberi motivasi.

 

"Cara pendekatan begini akan diteruskan untuk mencapai objektif untuk memainkan peranan yang lebih efektif sebagai warga korporat yang bertanggungjawab," katanya.
Pada majlis yang berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan Kampong Betong ini telah dihadiri oleh Ahli Parlimen Sik, Dr Mansor Abd Rahman.
 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)