2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Pembukaan Professional Golfer of Malaysia

December 2, 2015

Enam puluh empat (64) pemain golf profesional Malaysia termasuk lima (5) pemain golf anak Kedah akan bersaing untuk merebut anugerah dalam Kejohanan Professional Golf of Malaysia (PGM) Darulamanyang berlangsung pada 2 Disember hingga 5 Disember 2015.


Ini adalah acara yang beerti buat BDB Darulaman Golf & Country Club (DGCC) setelah dipilih untuk menjadi tuan rumah pada kali ini. Ia juga merupakan pertama kali acara yang penting dijalankan di DGCC.


Pengarah kejohanan Brig Jen (B) Ron S Mahendran berkata beliau berterima kasih kepada Bina Darulaman Berhad (BDB) kerana sudi meminjamkan padang golf serta peralatan-peralatan untuk diguna pakai oleh pemain juga pengadil.


“DGCC adalah tempat yang sesuai untuk PGM meneruskan kejohanan ini. Padang Golf serta peralatan-peralatan semua di dalam keadaan yang baik. Saya harus memuji semua warga kerja DGCC yang menjaga padang golf ini dengan begitu baik sekali,” kata Mahendran.


Mahendran yang juga bekas pemain Golf berkata kehijauan serta kehalusan rumput-rumput di padang golf membuktikan warga kerja BDB sentiasa memastikan padang golf sentiasa dipotong dengan tahap yang minima.


“ Saya begitu teruja untuk ke Kedah terutamanya di Jitra kerana ini adalah kali pertama Kejohanan ini dijalankan di daerah Jitra, setelah melihat dari beberapa sudut, DGCC adalah salah satu tempat yang terbaik dengan semua kemudahan yang lengkap.


Kami seperti berada di rumah, tidak perlu ke mana-mana, semuanya ada di sini. Jadi PGM akan kembali lagi ke DGCC untuk kejohanan yang akan datang,” katanya yang kini berusia 79 tahun.


Pemenang dalam acara PGM akan membawa pulang wang tunai RM30,400.00.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive