Please reload

Recent Posts

BDB,LPB BANGUN RUMAH MAMPU MILIK | Kosmo! | 3 November 2020

November 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Majlis Hi-Tea bersama Tan Sri Rafidah Aziz

October 25, 2015

Lebih daripada 80 warga kerja Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) telah menghadiri Majlis Hi-Tea bersama YB Tan Sri Rafidah Aziz, mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di Darulaman Golf & Country Resort pada 25 Oktober 2015.


Majlis yang dianjurkan pada hari Ahad yang lalu adalah bertujuan untuk mendapatkan tips dan strategi agar lebih berjaya dalam dunia perniagaan di kalangan warga kerja Bina Darulaman Berhad.


Menurut Tan Sri Rafidah Aziz yang juga merupakan Pengerusi Air Asia X, beliau telah menyarankan warga kerja BDB mengamalkan prinsip “integrity and honesty” (berintegriti dan telus).


Menurut Tan Sri Rafidah Aziz yang telah lama bergiat dalam bidang politik sejak dari tahun 1976 lagi, warga kerja BDB juga harus menitipkan kerja keras untuk mengembangkan perniagaan BDB ke luar negeri Kedah.


“Jangan hanya berdiri di takuk yang sama untuk jangka masa yang panjang, sebagai pekerja, kita juga bertanggungjawab untuk mengembangkan serta membawa keuntungan kepada syarikat kita, katanya.


Sementara itu, warga kerja BDB yang hadir di Majlis Hi-Tea tersebut memberikan reaksi yang positif atas insiatif BDB untuk menganjurkan Majlis seperti ini. Warga Kerja BDB mengharapkan BDB memperbanyakkan lagi Majlis yang berunsurkan nilai nilai positif untuk diterapkan bersama.


Majlis juga dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Y.Bhg Dato’ Izham Yusoff yang turut memberikan cenderahati kepada Tan Sri Rafidah Aziz di akhir ucapan beliau.


Majlis tersebut diakhiri dengan Jamuan petang sebelum beliau berangkat pulang.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)