Please reload

Recent Posts

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KUMPULAN BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) KE-25

September 3, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Kunjungan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Darulaman Golf & Country Club

October 3, 2015

Hari bersejarah bagi Kumpulan Bina Darulaman Berhad apabila Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berkunjung ke Darulaman Golf & Country Club (DGCC) pada 3hb Oktober 2015.


Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeritelah melawat DGCC pada pukul 1.30 petang telah disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Dato’ Izham Yusoff.


Ahmad Zahid telah menonton tayangan slaid eksklusif “The Breeze dan Darulaman 2.0” di Restoran Classic Cafe yang mengambil masa selama 20 minit. Sejurus selepas tayangan slaid tersebut, beliau telah disajikan dengan makanan istimewa DGCC iaitu Kari Kepala Ikan.


Dato’ Izham Yusoff juga telah menghadiahkan sebuah cenderamata sebagai tanda ingatan kepada Timbalan Perdana Menteri selepas mengadakan perbincangan secara tertutup di Bilik Presiden DGCC.


Turut serta dalam Majlis Tertutup Perbincangan Bersama Timbalan Perdana Menteri adalah Pengarah Eksekutif BDB Infra, Mohd Sobri bin Hussein, Pengarah Eksekutif BDB Synergy, Noor Rosli bin Mohd Ali Pengurus Kanan BDB Land, Mohamad Sohaimi Mohamad Yusoff dan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat Kumpulan, Sajahan Abdul Waheed.


Timbalan Perdana Menteri meninggalkan majlis pukul 2.30 petang bagi Perasmian Festival Pertubuhan Kebangsaan 2015 di Tasik Darulaman.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)