Please reload

Recent Posts

Fantasia Aquapark dibuka 1 Ogos ini KOSMO! | 30 JULAI 2020

July 30, 2020

1/10
Please reload

Featured Posts

Majlis Penyerahan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidiladha 1436H di Jitra Kedah

September 22, 2015

Kumpulan Bina Darulaman Berhad pada 22hb September 2015 telah memperuntukan sejumlah 20 ekor lembu untuk dibahagi- bahagikan kepada 10 buah masjid di beberapa kawasan di daerah Jitra sempena Hari Raya Aidil Adha.


Sempena menyambut perayaan Aidiladha, Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Dato’ Izham Yusoff berkata agar umat Islam mengambil kesempatan mengeratkan persaudaraan dan silaturahim sesama ummah.

 

"Di sinilah tempat kita untuk sama-sama saling bantu-membantu menjayakan ibadah korban kerana Hari Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia,” katanya lagi.


Selain daripada Majlis Penyerahan Lembu, Majlis juga diteruskan dengan Ceramah Agama yang dikendalikan oleh Pensyarah Maktab Rendah Sains Mara, Kubang Pasu, Othman Bin Ali.


Seramai 180 penduduk di daerah Jitra telah hadir untuk memeriahkan masjid pada pukul 5.00 petang itu. Turut hadir Ustaz Azizan Bin Ahmad, Tuan Iman Masjid Al Muttaqim, Pengurusan Kanan dan Wargakerja Bina Darulaman Berhad serta penerima sumbangan.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive
2020 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)