2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Majlis Sumbangan Lembu Bersempena Hari Raya Aidiladha & Ceramah Perdana Di Langkawi

September 20, 2015

Setiap kali menjelang Sambutan Hari Raya Aidiladha Atau Hari Raya Korban, pelbagai pihak akan menyalurkan ternakan lembu, kambing atau unta untuk dikorbankan di surau dan masjid.


Tidak terkecuali bagi Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) apabila sebanyak 10 ekor lembu telah disumbangkan sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.


Kira – kira 200 penduduk kawasan serta wakil wakil dari Masjid Langkawi telah hadir untuk memeriahkan Majlis Sumbangan Lembu tersebut.


Aktiviti kali ini merupakan usaha Kumpulan BDB dalam mengerjakan Amal Ibadah di mana peristiwa korban ini menjadi tanda ingatan terhadap peristiwa Nabi Ibrahim Alaihissalam demi kepatuhan dan ketaatan baginda terhadap perintah Allah Swt.


Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Izham Yusoff berkata sumbangan itu adalah salah satu acara tahunan setiap kali menjelang sambutan Aidiladha.


Menurut beliau, rakyat perlu mengambil iktibar daripada sejarah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya, Nabi Allah Ismail kerana mematuhi perintah Allah.


Selain daripada Majlis Sumbangan lembu ini, Kumpulan BDB dan Pejabat Ahli Parlimen turut menganjurkan ceramah perdana yang dipimpin oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman, Syeikh Abdullah bin Awang Sa.


“Ceramah Perdana ini merupakan landasan bagi kita berkongsi serta mempelajari ilmu kerana mempelajari ilmu ini merupakan satu tuntutan di dalam Agama Islam. Dalam konteks manusia, ilmu yang dipelajari hendaklah seimbang dunia dan akhirat,”kata Dato’ Izham Yusoff lagi.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive