2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

BDB IDOL 2015

August 30, 2015

BDB Idol telah diperkenal untuk pertama kalinya pada tahun 2015. Penganjuran BDB Idol ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada wargakerja BDB tidak kira yang veteran mahupun muda.


Sempena sambutan “Raise the Flag” yang telah diadakan pada malam Ambang Merdeka di Tasik Darulaman Jitra Kedah, pertandingan itu dengan melibatkan enam (6) perserta akhir telah menonjolkan kehebatan masing-masing dengan mendendangkan sebuah lagu setiap seorang.

 

Seramai 5,000 pengunjung yang hadir untuk Ambang Merdeka “Raise the Flag” itu telahmenyaksikan malam kemuncak BDB Idol dengan persembahan yang hebat dan berkualiti oleh peserta yang layak bergelar juara.


Apapun keenam-enam peserta yang sudah mempunyai peminatnya sendiri kerana pernah menang pertandingan yang sama sebelum ini tidak menghampakan penonton dengan persembahan masing-masing yang memukau.


Akhirnya, tuah menjadi milik Nor Shabani Bin Hussein daripada BDB Synergy apabila dinobatkan sebagai juara yang membolehkan Shabani membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, sijil berserta trofi yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah BDB Darulaman Golf Resort Berhad, Encik Zambri Bin Mat.


Tempat kedua dimenangi oleh Devonshire Anak Sikem daripada BDB HQ yang menerima hadiah wang tunai RM2,000, sijil serta trofi dengan nyanyian daripada penyanyi terkenal Adele.


Juliwanis Binti Riduan yang mendapat tempat ketiga pula menerima hadiah wang tunai RM1,000, sijil dan trofi telah mendendangkan lagu Seandainya Masih Ada Cinta.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive