2019 © Copyright Bina Darulaman Berhad (199501003751)
Please reload

Recent Posts

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Utama Mukhriz Tun Mahathir buat julung kalinya mengadakan lawatan kerja rasmi ke Menara Bina Darulaman Berhad (BDB).

September 2, 2019

1/10
Please reload

Featured Posts

Majlis Jamuan Aidilfitri BDB (Kuala Lumpur)

August 13, 2015

KUALA LUMPUR:Lebih 300 tetamu hadir memeriahkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Bina Darulaman Berhad di Pullman Hotel, Bangsar pada 13hb Ogos 2015.


Majlis yang bermula pada pukul 2.30 petang itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir bersama isteri, Tok Puan Norzieta Zakaria.


Ketibaan beliau pada pukul 1.15 petang disambut oleh Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad, Dato’ Izham Yusoff.


Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Lembaga Pengarah BDB, Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, ahli-ahli daripada OCBC Al-Amin, Maybank, Media dan ramai lagi.


Sambil tetamu menikmati juadah, tetamu dikejutkan dengan persembahan istimewa daripada Anuar Zain yang telah mendendangkan tiga buah lagu pada majlis tersebut.
Selaku pengacara majlis, Nabil Ahmad bersama Angah Raja Lawak telah membuatkan tetamu tak kering gusi melihat mereka di pentas bersama.


Sambil menikmati juadah yang disediakan, semua tetamu kenamaan turut berkesempatan bermesra dengan semua kakitangan serta tetamu yang hadir.


Dato’ Izham yang meluangkan masa lebih tiga jam pada majlis itu kemudiannya merakamkan gambar kenangan bersama tetamu serta kakitangan BDB.


Antara juadah yang disajikan termasuklah nasi himpit, lemang, kuah kacang, rendang ayam, lontong, sate, roti jala dan kuih muih dan makanan ala Thai.

 

 

 

Share on Facebook
Share on Twitter
Please reload

Please reload

Archive